Tuesday 19 November 2019

PENGENALAN DIPLOMA TERAPI CARAKERJA DI PICOMS


Diploma Terapi Carakerja

Program Diploma Terapi Carakerja mula ditawarkan pada April 2014 dengan pengambilan seramai 11 orang pelajar. Sehingga November 2019, pusat pengajian Terapi carakerja mempunyai seramai 45 orang alumni dan 38 orang pelajar yang masih meneruskan pengajian. Di PICOMS, tempoh pengajian untuk program ini adalah selama tiga tahun dengan memfokuskan kearah penghasilan ahli terapis carakerja yang mempunyai kecemerlangan sahsiah dan etika serta mampu mengendalikan kes rehabilitasi yang pelbagai. Peluang pekerjaan bagi graduan terapi carakerja adalah luas dan tidak terhad untuk bekerja dalam bidang kesihatan sahaja malahan sektor pekerjaan lain seperti pendidikan, pusat pemulihan swasta, rumah penjagaan seperti rumah jagaan orang tua dan kesihatan mental, membuka pusat rehabilitasi sendiri, dan amalan persendirian. Berdasarkan data statistik pekerjaan graduan Terapi Carakerja PICOMS, sebanyak 90 peratus telah bekerja sebagai ahli terapis carakerja sama ada di hospital atau pusat rehabilitasi swasta. Permintaan ahli terapi carakerja adalah tinggi di hospital dan pusat pemulihan swasta namun bilangan pelajar yang dihasilkan adalah terhad. Oleh itu, kesedaran masyarakat harus ditingkatkan berkenaan kepentingan peranan Terapi Carakerja dalam memastikan kualiti hidup yang baik untuk pembangunan individu, komuniti, dan negara.